Friday, 28 June 2013

Rindu


Rindu  arwah opah
saat ini, perkataan ni bermain2 dalam otakku
rindu arwah opah..
rindu arwah opah..
entah kali ke berapa aku ulang ayat yang sama

Melayang

Teringat detik kami bersama sepanjang 17 tahun

***

"opah nk tgok kamu kahwin.suatu hari nanti. InsyaAllah"
sambil tangan ku bermain2 dengan kulit tangan opah yg kendur

"tak tahulah opah.ika pun muda lg.opah,ika suka main tangan opah.kulit yg kendur ni best lah buat main.lembut je." hahah..cuba mengubah tajuk

"nanti kamu dah kerja,dah kahwin,jangan lupa opah ye. Ajak lah opah datang rumah kamu.jangan sombong bila dah ada laki nanti"
Aku terdiam.masih asyik bermain dgn jari2 tua opah..
Jauh dalam hati ku berbisik,
"ika takkan lupakan opah walau siapa pun ika"

"cuba tengok jari2 opah ni.dah tua dah. Dulu waktu muda jari2 ni banyak sangat bekerja untuk bagi anak2 makan.sekarang je opah tak larat.dulu opah kuat.bawak motor pagi2 ambil ikan bawak jual.."

Aku cuba mencipta imaginasi.bagaimana rupa opah menunggang motorsikal
"haha..macam mana lah opah bawak motor ye.Mesti penat kan?"
"demi anak2.kalau tak nak makan apa"
Aku terdiam dan masih terus asyik bermain dengan jari2 opah.

***

Terhenti daripada lamunan
Aku melihat jari jeamariku
airmata bergenang..


Ya..

aku masih dapat merasakan lembutnya jari2 tua opah
walaupun kendur,tua tapi bagi aku itulah
saat,detik yang sangat aku rindu...
berssembang sambil bermain2 dengan jari jemari opah
leka bermain dengan anugerah Allah yg satu itu
sambil bercerita dan meluahkan perasaan masing2.

kami ibarat bersahabat
kami ibarat berkawan
Opah ibarat ibu kedua bagiku..
tenang dan sernok dapat berkongsi cerita..


Aku tak selalu dapat berjumpa dengan opah
tapi sekali kami berjumpa memang banyak cerita
cerita zaman muda
zaman jepun
awal2 perkahwinan
cerita pasal anak2 opah yakni mak dan makcik pakcik akulah
rahsia mereka waktu kecik2 berada di genggaman aku.
nakal kot..
haha.(gelak jahat)
Opah cerita semua :)

kini, salah seorang pendengar setia
salah seorang penghubur hati
untuk melepaskan rindu
pergi menghadap yg Satu.

walaupun sekarang opah dah tak ada lagi
tapi opah tetap segar dalam ingatan ika..dalam doa.
InsyaAllah.ika akan jadi anak yang baik untuk mak dan abah
Cucu yang baik untuk Opah
Opah akan tetap selalu ada dalam doa ika..
Semoga kita bertemua di SyurgaNya..
InsyaAllah

P/s: al fatihah untuk arwah opah,

0146
cucuopah
ika

Wednesday, 26 June 2013

Kolej Matrikulasi Selangor


Aku 1st batch kolej matrikulasi selangor..! :))
Barang semua baru plus matrik selangor tersangatlah besar nak banding dengan matrik lain. 


TAPI...! sebelum aku pilih nk masuk matrik aku dpat smbung fisioterapi (under UPU) and sambung beljar medik kt Mesir. Buat solat Istikharah..aku pilih Matrik..


Ok,dah dua tahun dah pn tglkn matrik.tbe2 malam ni trgt pasal matrik.. bnyk pgjaran yg aku nak cerita spnjang aku duduk matrik.
Time daftar,kt surat aku tulis aku dpt aliran sains fizikal. Aim mak dan ayah aku sebenarnya nak suruh aku further medik lepas habis matrik. Tp apakan daya dapat fizikal. Boleh je tukar kos. tapi based on result spm jugak. result SPM fizik aku is more better than bio. sebab tu aku dpt fizikal.
Belajar biologi sebenarnya seronok. walaupun nampak macam nerd je.kena baca buku tebal2,kena tahu  every each term yg ada dalam badan and bla bla bla..
Dia bagi masa 2,3 hari waktu orentasi untuk isi borang pertukaran jurusan. Aku buat dekk je waktu tu. Lepas dah habis masa dua tiga hari tu, aku rasa menyesal..parahhh..
"aduhhhh,kenapa aku tak isi borang tu ha?"
haha.. nasi dah jadi bubur dik..tak mampu dah nak tukar..kebetulan dalam masa yang sama aku dapat tahu satu2nya kawan aku dpt kelas yg sama praktikum dgn aku. hamiza nama dia. Dia kawan aku dpd sekolah lg. Dia je yang aku kenal masa first2 masuk sana..
One of the advantage untuk aku teruskan dgn aliran sc fizikal.sebab ada member..! :p

Hari2 yang aku lalui kat matrik kadang2 bosan kadang2 best.Roomate aku dua2 nya budak akaun. Aku sorang je budak fizikal. hentam sajalah labuuu.. ;(
Aku lebih rapat dengan classmate..dengan roomate pn rapat jugak. tp nak kata kwn yg betul2 rapat tu tak ada lah kot. Semuanya sendiri2 je.tp aku bukanla "forever alone". aku berkawan dgn semua.tp tk terlalu rapat.

Rutin kami di matrik,petang2 naik basikal sayuq.. Sebab apa basikal sayuq,sebab ada raga kot kt depan. macam orang jual sayur je.. ;p
mana ada hiburan lain dah kt matrik.rasa macam duduk boarding school kot..tp tkpelah.sethun tak rasa ape.(sakitt la jugak)

Semester pertama,aku tk brpa ok sngt. Pointer atas 3 tp tklah smpai 4. Pengajaran kat sini korang jangn ingat result SPM korang gempak,result matrik korang pn akan gempak jugak. Salah!
Aku la salah sorang mangsanya.. 

Kawan2 aku yg lain SPM sedang2 je.tp graduate matrik dgn pointer 4.. Tak ada yang mustahil. Matrik is your second chance after SPM..
Banyak main,tak reti nk manage masa..salah satu kelemahan aku time matrik.. 
tapi apa orang cakap,kalau kita tak pernah rasa gagal tk tahu betapa manisnya kejayaan.. ;)


Tak dapat 4rata mmg tk dapat lah medik kan.knpa aku tolak medik kt Mesir tu aku pn tk tahu lah. Mungkin aku tk bersedia lagi nak duduk negara orang kot.

dan lepas buat istikharah..tu aku pilih Matrik.
Allah, perancangan Mu tersangatlah hebat..



Dan skrg aku end up dgn amik kos chemical engineering..


Sekali lagi. PerancanganMu adalah yang paling terbaik buat diriku
Alhamdullilah :)



Basikal sayuq KMS.. 



F4P4 :)



Tuesday, 18 June 2013

Apa itu bulatan gembira bagi aku?


Bulatan gembira.
Sejujurnya..aku tak pernah tahu apa itu bulatan gembira
Usrah? lg lah tak tahu..Apa tu??

Masuk je alam Universiti, minggu pertama orentasi. Kami diterangkan tentang Smart group (SG).. U aku panggil usrah tu Smart Group(SG).
Aku ingatkan group sementara je..untuk suka2..yela untuk minggu orentasi.
Aku join je SG tu.Sbb macam menarik je.. dahla nama pun sedap. "smart group" :)
"group study sama2 dengan senior kot". bisik hati.

Habis orentasi..Ok! baru aku tahu SG tu group Usrah..
setiap minggu kena jumpa dengan kakak naqibah. 
Mengeluh..
"alah,aku banyak keje lah nak buat.busy tahu tak" 
"aku nak kuiz ni esok.nak jumpa lagi"
"esok aku kena hantar assignment ni"
ngomel sorang2 dalam hati..
kadang2 je aku pergi usrah kadang2 tak...

Lepas satu sem,masuk sem ke-2
Aku dah nampak sikit2 apa tujuan usrah
Usrah ni sebenarnya group kumpulan kecil.Kita akan duduk sama2, bincang pasal isu2 semasa, pasal agama,hukum hakam n etc . Tp usrah ni lebih santaiiiiiiiiiiiii....
sebab apa santai? sebab usrah boleh dibuat di mana2. ada kawan aku buat Usrah kat ICT ,ada yang buat Usrah kt tepi pantai..ada jugak yang buat usrah kat kedai mamak :p
waktu tu setiap sorang akan bagi pandangan masing2..Tentang isu apa yang kami bincangkan waktu tu.
Sernok.sangat seronok..
So dpd sini,aku dapat jadi seorang student yg sngt up to date mengenai semua benda.
Baik dpd segi perihal agama,isu2 semasa n macam2 lg..
Perjumpaan yang tak terlalu lama..tapi banyak benda yang boleh dikongsi bersama.
tak ada rasa "lagha"..tak ada rasa macam lepak suka2 buang masa.. 
Lepak2 yang ada isi..ada input.


Aku nak jadi seorang chemical engineer yang bukan hanya berjaya dalam bidang aku
Tapi dalam masa yang sama mampu juga buat sesuatu untuk agama aku

Faham tentang agama
Tahu serba sedikit mengenai agama
Bukan hanya pakar dengan ilmu dunia
Bila orang tanya sikit pasal agama dah terlopong ternganga
so,
kita perlukan sesuatu untuk sedarkan kita yang alpa
Dengan ber-Usrah adalah satu cara :)

Perasan atau tidak?

Menuntu ilmu dunia, kita sangat bersungguh2
berjaga malam smpai dua tiga pagi,
Kenapa  tidak lakukan perkara yang sama
dalam menuntu ilmu akhirat
dan beribadat kepada Allah.??

P/s : Join usrah bukan sebab baik,tapi cuba untuk jadi baik.

Recheck diri..Wassalam..












Monday, 17 June 2013

Foreign language: Mandarin Part 1

Ni hao??
Wo hen hao.. ni ne?

Dah 1 sem aku blja mandarin.. Cuti sem nanti kalau dapat permission dpd parents untuk dtg kelas tu aku pergi, kalau tk dpat permission aku trpksa smbung sem depan pulak.

Kelas mandarin yang aku ambil ni semua tak termasuk dalam jam kredit pon.
Mandarin is quite easy if you just only learn on how to speak.Agak susah beljar tulisan chinesse character. .Kalau tulisan pinyin tkpe lagi.
kami dilatih tulis dan jawab test fully in chinesse character.

Untuk tempoh 1 bulan pertama mmg susah. Tak TIPU.
Masuk bulan ke 2,3,4,5.. Alhamdullilah Allah permudahkan..
Program ni sebenanrnya program pertukaran pelajar ke Universiti Hebei. China.
Belajar di University hebei untuk 1 atau 2 sem.
Menarik kan?
Menarik kalau mampu apply semua chemical equation and all term dalam engineering ke dalam bahasa mandarin. ;p

On 1st july..
Beberapa orang kawan2 aku ada yang terpilih untuk program dua minggu lawatan ke Beijing. Congratulations for those who get this chance untuk melawat2 beijing.
Aku? Belum diberi rezeki oleh Allah untuk rasa nikmat tu.
InsyaAllah ada rezeki lain.. ;p


Ok aku akan terus update perkembangan pembelajaran aku..
Untuk sem2 seterusnya
sampai lah aku mampu dan berjaya habiskan smpai exam yang last
Sekarang masih belum mantoppp lagi.

Zaijian ;p

Sunday, 16 June 2013

Selamat Hari Abah.!


Special unuk Abah..

Abah..seorang yang pendiam..agak pendiam
Berbeza dngan mak.hehe.. That is the different yg aku rasa sweet.. hoho
Tapi..skali abah marah..lari semua masuk balik.nak balas sepatah ayat pun tak berani..
Berbeza juga dengan mak.haha
Tapi dalam hati abah lain.. Terngat waktu kami berjauhan. Abah tak boleh cakap/angkat call dpd kami. 
Sebab nanti mesti ada adegan air mata dpd Abah.
Abah sangat caring..tpi tak pernah tunjuk..diam2 je..
Berbeza juga dgn mak.yg dpd nada suara nmpak relax je cakap dgn kami..
Memang aku lebih rapat dgn mak nak bnding dgn Abah.As I told you earlier abah pendiam skit. Tp sekali bukak mulut..haa kau..haha
Kalau aku jauh2 ni..Abah la orang yg pling suka suruh mak call aku..haaa.. sweet abah ni.. :)

Satu yang aku tk boleh lupa....perkara kesukaan aku bila dengan Abah waktu kecik2 dulu..
Bila naik kereta dgn Abah..dah agak2 nak smpai dkt rumah.buat2 tidoq..nanti Abah akan terus angkat aku bawak masuk bilik..Letak atas bantal.selimut semua... :))
Ni kes malas nak jalan.hehe.

Ok..
This is my hero..My real Man of Steel..ehh? hehe




Abah, Haji Jalaludin Bin Hassan
Anyah sayang Abah

We will be one of your asset
that can bring you and mom to Jannah,InsyaAllah.  :)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
 "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)