Friday, 23 August 2013

sleep walking



Sebabkan tadi aku baru je terbaca satu entry pasal sleep walking, aku jadi nk share jugak pengalaman aku. Mengigau ni pon macam2 jenis jugak. Ada yang senyum,bercakap sorang2 dan macam2 lg lah. aku ni ngigau jenis ngigau sleep walking. Dua tiga kali waktu bebudak dulu.
Budak tak budak sangat la, Darjah 6 dah tak silap.


***


Siang tu seronok sangat memain dengan kengkawan. Duk lari sana,lari sini.. Duk main nyorok2. Memang kecoh ahh kami yang perempuan ni main kat sekolah. Bese lah. budak perempuan kekadang kelam kabut sikit. haha
Malam tu dah penat semacam. Badan macam lenguh2. (Hahh kau, muda2 lg lenguh2.bukan buat apa.main je) Jadi, aku memang masuk bilik and terus tidur je. Dalam pukul 9 macam tu dah tidur dah.

Dah nama pun Sleep walking, aku mana sedar apa jadi. Pagi tu aku bangun macam biasa. Then, mak tanya..

"semalam,buat air untuk sape?"

"ha?bila lak ika buat air mak?"

"buat air dalam 5,6 cawan tu.untuk sape?"
family aku 5 org semuanya.untk 1 family lah kot.bahaha

aku macam pening. Apa ni, aku memang tak paham apa2. Bila aku buat air.?
Tak silap aku time tu nak buat air milo pun tak lepas. ;p

Mak cerita sambil senyum2. Along pulak cm dah tak tahan2 lagi nak gelak.

Aku masih tak paham ape2 lagi.

 Bingung

"ni ha semalam kamu bangun,dalam kul 11 setengah macam tu. Mata pejam. Kamu terus pergi dapur. Amik cawan, bukak paip, isi air paip dalam cawan, lepas tu susun cantik2 atas meja.."

"lepas tu Ika buat apa?" suka2 aku je potong ayat mak

"pastu kamu tidur balik.kami semua tengah tengok tv dok panggil2 nama kamu,kamu wat tak dengar je.lepas tu kamu tidur cam biasa"

Along time tu dah macam orang asma. Gelak tak berhenti waktu mak tengah cerita. Kuang asam along ni.

"mana ika sedar"
Pendek je aku balas.macam merajuk sikit.terus aku masuk bilik.
padahal nak sambung tidur. ;p

Mana tak tacing.sorg2 aku je prmpuan.manja tak manja jugak lah.
Tapi sleep walking ni memang bahaya.Cuma bila fikir balik, macam mana aku pejam mata boleh rilex je jalan pi dapur?

Alhamdulllilah, tu jelah yg last pun aku sleep walking.
Jangalah sleep walking time kt tmpt org. Jenuh pulak aku nak pegi tuang air paip dalam cawan bebanyak untuk satu blok.hahaha.

P/s : akibat tidur tak baca doa. Ni padahnya.

Wednesday, 14 August 2013

budget trip : Cherating

Bulan 3/2013 aku dn roomate pergi holiday. Disebabkan agak stress dengan semua assignment/test. 
Kami lari sekjap dpd semua tu.
Kami pilih Cherating!
Kenapa cherating? Sebab tu yg paling dekat. ;p

Cherating tak ada apa sangat..hihi.
Kami punye plan pun dah lambat. Grab mana yg sempat je. Plan for 2 days and 1 night.

Budget kami untuk ke Cherating including dengan minyak kereta,hotel dan makan.
kami 5 orang dengan bajet serendah rm60 each.! :))

Hotel Suria Cherating Resort

Serius best hotel ni.! 
Kami book online dekat website Suria Cherating Resort. Boleh google mehh..senang sngt procedure dia. Rm15 deposit untuk setiap booking online.
kami pilih bilik satu malam RM150.


View from the Cherating beach



Restoran Seafood.

Memang banyak restoran seafood kat area sini. Korang kena pandai pilih kedai. Kedai yg ramai confirm sedap kan. 
Aku tknk suggest kedai yg aku makan for dinner aritu.
rasa macam tersalah pilih kedai ;p
Tapi harga kt sini mmg berpatutan!
Kiteorang makan ikan siakap,telur dadar,tomyam,sayur kailan and apple juice satu jug besar.
Semua sekali Rm 80 je.

Pantai kemasik,Terengganu

Suria Cherating sngt jauh ke belakang dan sngt dekat dgn terengganu..then,kami teruskan perjalanan ke Pantai Kemasik. SubhanaAllah. Air laut ni sangat jernih.!

No editing needed.unedited shot taken around 3pm



***

Sempat jugak kami jalan2 sampai Kerteh. Sernok sangt bawak kereta kot. ;p

Klau petang2 nak makan kudap2 ke,jgan risau
FYI, sepanjang jalan dkt cherating ni ada jual keropok lekor,keropok ikan dan yg paling penting satar yg sngt best!
You should try it. Tak jumpa satar sedap ni kt KL.

Aktiviti nak buat kt Cherating tk bnyak sngt selain daripada mandi laut.
Ada aktviti lain lg.
Kami tak sempat nk pergi semua tu.. 
snorkelling?
kt Cherating agak kurang best sebab pantai kurang cantik.
Tak mcm Tioman,Perhentian..etc.
Aku tk suggest buat dive,snorkelling kt sini.

Short trip but we had lots of fun here!