Sebab sekarang aku tengah sem break(smnggu je pon). Aku pun baru nak mula aktif berblogging balik.. Aku habiskan masa aku sikit untuk share some stories kt u guys.Program ni dah lama aku pergi.12 mei 2012. Ha tudiaa.almost one year..haha. Time tu aku ada je blog ni..tp sedikit malas nak mengupdate blog. But this time ada satu mood yang sangat rajin walaupun assignment kat sebelah belambak.haha..
Ok cerita kali ni boleh masuk one of the sweet memories aku jugak lah.. Program bersama anak yatim di Maahad tarbiyyah Pahang.
Program ni anjuran kelab Iqra'. Program ni sehari Tapi serius..Banyak bnda aku dapat daripada program ni.
Kiteorang bertolak pukul 8..sepatutnya awal lg. Tp ade problem skit. So gerak lambat.. Perjalanan kiteorang dalam 1 and a half hour jugak la.
Some of the preparations before bertolak.. We all as a fasilitator.. so kena get ready lah.. :))
Maahad ni jauh dpd bandar lah gak.dekat kawasan kampung.
Sampai je kami betul2 kat depan pintu pagar maahad tu..
Pengasas maahad tahfiz dah siap2 tunggu kedatangan kami semua..
Alhamdullilah kami sampai tepat pada masa..
Adik2 ni sambut kedatangan kami
Korang nak tahu tak apa perasaan aku bila 1st time jejak kaki kat sini..??
Aku memang sebak sebab aku tgok adik2 lelaki semua pakai jubah and serban (surrounding aku bukanlah dpd sek maahad/agama.jadi bila 1st time aku jmpa macam ni aku jadi kagum and respect kat budak2 ni semua)
seriously.. :)
Kami terus dibawa
masuk dalam dewan/ruangan solat..
Selang beberapa minit...
Cikgu2 kat situ tanya kami..
"Korang semua dh solat dhuha ke? kalau belum yang lelaki boleh solat di hadapan..yang perempuan boleh solat dekat tepi ni.(sebelah adik2 perempuan berkumpul). sebab kami semua baru lepas solat dhuha."
MasyaAllah.. Tiap2 hari mereka solat dhuha rupanya..
Aku rasa kerdil di hadapan mereka
****
Penting ke solat dhuha? Sunat kan?
Yes! solat dhuha memang sunat.. Solat dhuha ni sebagai tanda terima kasih kita pada Allah. Kalau nak murah rezeki.rajin2 jugak solat dhuha.. InsyaAllah.
Rezeki datang dari Allah. :)
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
***
Sambung balik. After dah habis solat dhuha, doa dhuha dipasang kuat guna speaker. Adik2 semua tadah tangan dan berdoa bersama2..dengan suara yang sangat kuat
Sekali lagi.sayu hatiku.kerdil rasanya..
Next,kami proceed dengan ice breaking dan divide adik2 kepada beberapa group.
Aku ditugaskan handle adik2 dalam group yang dah dibahagikan tadi.
Salah seorang adalah pelajar termuda dekat sekolah tu.
Baru 7 tahun..
***
Kat sini ade sedikit conversation antara aku dan adik yang baru berumur 7 tahun.yang bagi aku sangat menyentuh perasaan..
Aku : Assalamualaikum adik. Nama apa? Umur adik pulak berapa ye?
Adik : waalaikumussalam. Baru 7 tahun. (nama dah tak berapa nak ingt)
Aku : Adik dekat sini dah lama ke? (dekat maahad tarbiyyah)
Adik : Baru je masuk tahun ni. Baru 4 bulan.
Aku : Keluarga adik kat mana?
Adik : Keluarga adik kat rumah.Abang,kakak semua ada kat sini. Ayah keje bawak lori. Mak tak
kerja. Mak jaga adik sorang dekat rumah. Kami orang susah.
Aku : *cuba lari tajuk.sebab nampak dia macam sedih*
Kenapa adik pakai stokin ye? adik kan budak kecik lagi. Tak panas ke?
Adik : Tak lah akak. Allah kan suruh kita tutup aurat. Kaki pun aurat perempuan jugak selain
daripada rambut. Kita kenalah tutup.Kita kena belajar daripada kecik. Nanti dah besar
senang nak buat.
Aku : *terdiam..
Kagum dengan pemikiran adik berumur 7 tahun ni. Aku sebesar dia belum tahu ape itu aurat.
Walaupun masih belum dikira dosa kerana belum baligh, praktik itu perlu sejak dpd kecil lg.
Rasa kerdil dihadapan kanak2 ini sekali lagi
Ya Allah
Ampunilah dosa2 kami kerana melanggar perintah Mu..
Ni adik yang umur 7 tahun tu.. :)
***
Aktiviti yang seterusnya ialah membina masjid menggunakan kertas dan straw! =)
Ops..lupa masukkan photos ice breaking tadi. Layannn. hehe
Ops..lupa masukkan photos ice breaking tadi. Layannn. hehe
Ice breaking
ice breaking
Ice breaking
Pertandingan membina masjid
***
Aktiviti diteruskan sampai 5.30 petang...Macam2 aktiviti yang kami ketengahkan kepada adik2 hari tu. Kami ajar diorang cara bercakap kt depan dengan yakin.. Sebab banyak adik2 perempuan agak malu2 sikit. So dekat sini kiteorang latih diorang berani bercakap depan orang ramai. :)
Sebelum balik,kami dah get ready dgn sikit cenderahati yang tak seberapa..
Aku siapkan bookmark ni dengan roomate aku. Bertungkus lumus.
Sebagai tanda ingatan untuk adik2.. :)

Sebelum balik.. Adik2 ni semua mintak aku n fasi2 yang lain datang lagi.. InsyaAllah adik.. Kami akan datang lagi. belajar rajin2. Masa hadapan yang menanti kita kat luar tu lebih mencabar lagi.
Isi diri dengan Iman. InsyaAllah kita semua selamat.
Akak sayang adik2 semua..
Semoga kita semua jumpa lagi!!
Teringin nk datang balik sini satu hari nanti.. InsyaAllah. :)
Wassalam..