Tuesday, 17 September 2013

Resepi Pavlova Simple

Cuti sem 3 bulan aku kali ni memang aku spent untuk anak2 murid. Maksud, jadi guru ganti. bahaha.
Dalam kepala ni ingt "alah , jadi cikgu sekolah rendah ni senang je. Setakat ajar darab,tambah,tolak. Aku dah pernah belajar lebih susah daripada tu"
Ayaatt bajet cam hebat sangat aku nih

Masuk hari pertama

"Makkk..susahnya nak ajar budak2 tu.."
Baru paham,susah rupanya jadi cikgu sekolah rendah ni. Nampak je cam senang.

Seminggu je dapat cuti sebelum masuk belajar balik.
So dalam masa seminggu tu, daripada buang masa duduk sesaja, aku pun mula lah asah bakat dengan hobi baru.
Sebenanrnya baru je hobi ni. Lepas first time buat kek chocolate moist beberapa tahun lepas baru aku tahu kepuasan dia cam ne. Lepas daripada tu, biskut raya semua aku buat sendiri. ngeh3.. Kecuali tahun ni. Tak sempat. Sibuk semak buku and kertaas2 exam anak2 murid.

So kt sini nak share sikit resepi Pavlova yang aku buat masa cuti haritu. Resepi ni hasil daripada aku belajar resepi daripada youtube. Rasa macam marshmallow tapi kat luar kulit dia rangup. Serius sedap.

Tapi banyak sikit pantang larang nk buat pavlova ni.

Bahan2:

Meringue
4 Putih Telur
175g gula kastor
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecik esen vanilla

Hiasan:
Whip cream
Buah masam (strawberry/blueberry/kiwi)

1.Panaskan oven pada suhu 175 Celcius

2. Asingkan putih telur dengan kuning telur.
-Pastikan tak ada sikit pun telur kuning yg bercampur dengan telur putih. Kalau nak senang asingkan telur putih dan kuning, masukkan dalam peti ais dulu. Tapi pastikan klau dah nk start bake, telur ni tk sejuk dan berada dalam suhu bilik.

3.Guna mixer untuk pukul telur ni sampai berbuih.
-speed slow2 je

4.Masukkan gula sikit demi sedikit.
-Waktu ni speed boleh increase smpai max pon tkpe.

5.Masukkan tepung jagung dan esen vanilla
- Tujuan esen vanilla ni adalah untuk hilangkan bau hanyir telur tu

5.Pukul sampai bertanduk dan berkilat.
- (bertanduk: kalau terbalikkan, meringue tak jatuh)

6. Letakkan baking paper di atas tray
-Sambil mixer tengah pukul meringue tu, boleh ambil baking paper dan lukis bentuk bulat atas kertas tu. Lepas tu terbalikkan kertas tu supaya nanti tak la rasa dakwat pen/pensel bila makan.haha. (ni untuk sesapa yang baru first time buat, nak nampak bulat tu kemas sikit)

7.Spread meringue atas baking paper tu sampai jadi bentuk circle.

8.Bakar selama 1 jam 10 min

9. Hiaskan pavlova dengan whip cream dan buah2 yg sour tadi tu

P/s:
- Pastikan barang yang kita pakai untuk buat pavlova ni tak ada minyak/habuk
-Bila pavlova dah masak,jangan terus keluarkan daripada oven. Buka pintu oven sikit je untuk haba keluar. So tk ada lah pavlova kita jadi nipis.
-Kalau nipis jugak, buat je dua lapis, ;p


Siap.! Rasa manis di seimbangkan dengan buah masam kat atas tu. Sangat sedap.!






Teettttttttttttt... ****

Yang ni sesaja suka2 letak....
Choki-choki.. Bahahaha.
 *abaikan. Comot kot.


sape cakap engineer tk reti masak? ;p

Next update: Moist chocolate cake