Mula2, kami pilih nak je-jalan kt Port Dickson. Kekonon nak duk hotel yg setiap blik ada kolam tu. Sekali hamikk rm600++ per night. Gilosss... Lepas tu survey jugak hotel2 lain tp semua fully booked. Kami ni nama je budget tp hotel budget tu mmg pilihan terakhir. Sebab semua prempuan. Wajarlah kan..
At last, kami pilih bukit tinggi je. Sebab nampak mcm omputih sangat tempat tu.
But please don't expect too much tempat tu sejuk mcm Cameron. Memang tanah tinggi tapi tk setinggi Cameron dan Genting highland. Tk payah bawak sweater dan tak jauh sangat nak naik. So tk payah risau, dalam 10-15 minit je boleh sampai atas dah.
Nak masuk sini kena bayar sorng RM 12 tk silap. Tapi kalau korang tidur sini, tiket korang tu boleh refund kt kaunter time korang check in nanti.
1) Colmar Tropicale, Hotel
Hotel adalah benda yang pertama kita kena ambil kira sebelum plan yang lain2. Not too much choice sebab tmpt ni high standard sikit. Kira kalau dekat atas tu cuma ada dua jenis hotel je. Colmar tropical ni french themed hotel. Tp aku tk nmpk tema french pon dalam bilik dia. =='
Hotel ni letak betul2 dalam tempat tumpuan.
Maksudnya kalau kau sampai je Bukit Tinggi memang Colmar Tropicale lah kau akan pergi.
Dalam ni lah orang selalu jalan2 dan hotel dia pun dalam ni jugak. So kira macam senang lah nak jalan2 and balik hotel. Actually, jalan2 kt bukit tinggi ni tak payah tidur sini pon tk pe. Tp kiteorg gatal sangat nk tidur jugak sebab nak merasa tidur hotel ramai2. hihi
Aku booking hotel ni through Agoda.com Sebab harga dia tak sama dengan kita book terus dekat hotel tu and kadang2 kalau kita terus call hotel, dia cakap dah penuh dan tinggal bilik yg VVIP je. Padahalll bukak agoda ada je kosong. So korang kalau nak book hotel sila bandingkan harga Agoda tawarkan dengan hotel tu tawarkan. Kalau nk jimatlah, kalau tak belasah je memana.
Prices : RM 245 per night (sat & sunday )
RM 199 per night (mon - fri )
Room type : Superior room
Ni bilik paling murah. sebab tu kiteorang pilih yang ni. hahah. Selesa sangat.!
2) Makan2
Makanan dalam ni erghhhh mahai..!
Kalau nk jimat sangat bawak lah meggi. Tapi dah datang jejauh ttbe nak makan meggi yg selalu kita makan tu..memang rugi.
Ada kedai pizza, roti, nasi.. tiga jenis kedai makan yg murah jugak lah nk banding yg lelain. Aku dah try tiga2 kedai ni.
Bolehla sedap.. sebab tkde bnda lain dah kot.
Budget makan : rm30 (seorang dan sekali makan bergantung pada berapa bnyak korang makan)
3) Night Show
Bila tido sini, malam2 memang tak tahu nak buat apa. Sebab tu diorg ada buat night show. Tapi omputih sangat night show dia. Tarian dpd mana ntah Tk sesuai untuk tontonan kanak2. Sebab terlalu terbuka sangat. Mohon jaga diri. hahah
Esok pagi.....
4) Japanese Village
Jalan2 pegi Japanese Village. Tk payah bayar. FREE. Tk ada bnda sangat pun. Nak pakai kimono kena bayar rm20. Dah la nak panjat tu tinggi.. Penat oiii.
4) Animal Farm
Tempat ni sebenarnya tk sesuai untuk orang besar cm kami. Hahah. Sebab cam comel sangat tempat dia. Kena bayar rm3 per person. Ada rusa dan arnab. Boleh belai2, peluk2, timang2 sebab jinak sangat. Tu jela aktiviti kt sini. hoho
Lepas tu terus balik...
Conclusion-nya tempaat ni sesuai untuk rehatkan otak and berbulan madu kot. Tp aku rasa Cameron punya pemandangan and cuaca lg best. Bolehlaaa... nak p France tk dpt. Merasa pi Bukit Tinggi je. Bolehlaa.. Sehari tu dah cukup sangat2 utuk jalan2 semua tempat. Sbb kecik je Bukit Tinggi ni.
Sekejap pun kecik pun.. tapi bolehla create some memories dengan kengkawan. Best lahh. :)