Tuesday, 17 September 2013

Resepi Pavlova Simple

Cuti sem 3 bulan aku kali ni memang aku spent untuk anak2 murid. Maksud, jadi guru ganti. bahaha.
Dalam kepala ni ingt "alah , jadi cikgu sekolah rendah ni senang je. Setakat ajar darab,tambah,tolak. Aku dah pernah belajar lebih susah daripada tu"
Ayaatt bajet cam hebat sangat aku nih

Masuk hari pertama

"Makkk..susahnya nak ajar budak2 tu.."
Baru paham,susah rupanya jadi cikgu sekolah rendah ni. Nampak je cam senang.

Seminggu je dapat cuti sebelum masuk belajar balik.
So dalam masa seminggu tu, daripada buang masa duduk sesaja, aku pun mula lah asah bakat dengan hobi baru.
Sebenanrnya baru je hobi ni. Lepas first time buat kek chocolate moist beberapa tahun lepas baru aku tahu kepuasan dia cam ne. Lepas daripada tu, biskut raya semua aku buat sendiri. ngeh3.. Kecuali tahun ni. Tak sempat. Sibuk semak buku and kertaas2 exam anak2 murid.

So kt sini nak share sikit resepi Pavlova yang aku buat masa cuti haritu. Resepi ni hasil daripada aku belajar resepi daripada youtube. Rasa macam marshmallow tapi kat luar kulit dia rangup. Serius sedap.

Tapi banyak sikit pantang larang nk buat pavlova ni.

Bahan2:

Meringue
4 Putih Telur
175g gula kastor
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecik esen vanilla

Hiasan:
Whip cream
Buah masam (strawberry/blueberry/kiwi)

1.Panaskan oven pada suhu 175 Celcius

2. Asingkan putih telur dengan kuning telur.
-Pastikan tak ada sikit pun telur kuning yg bercampur dengan telur putih. Kalau nak senang asingkan telur putih dan kuning, masukkan dalam peti ais dulu. Tapi pastikan klau dah nk start bake, telur ni tk sejuk dan berada dalam suhu bilik.

3.Guna mixer untuk pukul telur ni sampai berbuih.
-speed slow2 je

4.Masukkan gula sikit demi sedikit.
-Waktu ni speed boleh increase smpai max pon tkpe.

5.Masukkan tepung jagung dan esen vanilla
- Tujuan esen vanilla ni adalah untuk hilangkan bau hanyir telur tu

5.Pukul sampai bertanduk dan berkilat.
- (bertanduk: kalau terbalikkan, meringue tak jatuh)

6. Letakkan baking paper di atas tray
-Sambil mixer tengah pukul meringue tu, boleh ambil baking paper dan lukis bentuk bulat atas kertas tu. Lepas tu terbalikkan kertas tu supaya nanti tak la rasa dakwat pen/pensel bila makan.haha. (ni untuk sesapa yang baru first time buat, nak nampak bulat tu kemas sikit)

7.Spread meringue atas baking paper tu sampai jadi bentuk circle.

8.Bakar selama 1 jam 10 min

9. Hiaskan pavlova dengan whip cream dan buah2 yg sour tadi tu

P/s:
- Pastikan barang yang kita pakai untuk buat pavlova ni tak ada minyak/habuk
-Bila pavlova dah masak,jangan terus keluarkan daripada oven. Buka pintu oven sikit je untuk haba keluar. So tk ada lah pavlova kita jadi nipis.
-Kalau nipis jugak, buat je dua lapis, ;p


Siap.! Rasa manis di seimbangkan dengan buah masam kat atas tu. Sangat sedap.!






Teettttttttttttt... ****

Yang ni sesaja suka2 letak....
Choki-choki.. Bahahaha.
 *abaikan. Comot kot.


sape cakap engineer tk reti masak? ;p

Next update: Moist chocolate cake

Friday, 23 August 2013

sleep walking



Sebabkan tadi aku baru je terbaca satu entry pasal sleep walking, aku jadi nk share jugak pengalaman aku. Mengigau ni pon macam2 jenis jugak. Ada yang senyum,bercakap sorang2 dan macam2 lg lah. aku ni ngigau jenis ngigau sleep walking. Dua tiga kali waktu bebudak dulu.
Budak tak budak sangat la, Darjah 6 dah tak silap.


***


Siang tu seronok sangat memain dengan kengkawan. Duk lari sana,lari sini.. Duk main nyorok2. Memang kecoh ahh kami yang perempuan ni main kat sekolah. Bese lah. budak perempuan kekadang kelam kabut sikit. haha
Malam tu dah penat semacam. Badan macam lenguh2. (Hahh kau, muda2 lg lenguh2.bukan buat apa.main je) Jadi, aku memang masuk bilik and terus tidur je. Dalam pukul 9 macam tu dah tidur dah.

Dah nama pun Sleep walking, aku mana sedar apa jadi. Pagi tu aku bangun macam biasa. Then, mak tanya..

"semalam,buat air untuk sape?"

"ha?bila lak ika buat air mak?"

"buat air dalam 5,6 cawan tu.untuk sape?"
family aku 5 org semuanya.untk 1 family lah kot.bahaha

aku macam pening. Apa ni, aku memang tak paham apa2. Bila aku buat air.?
Tak silap aku time tu nak buat air milo pun tak lepas. ;p

Mak cerita sambil senyum2. Along pulak cm dah tak tahan2 lagi nak gelak.

Aku masih tak paham ape2 lagi.

 Bingung

"ni ha semalam kamu bangun,dalam kul 11 setengah macam tu. Mata pejam. Kamu terus pergi dapur. Amik cawan, bukak paip, isi air paip dalam cawan, lepas tu susun cantik2 atas meja.."

"lepas tu Ika buat apa?" suka2 aku je potong ayat mak

"pastu kamu tidur balik.kami semua tengah tengok tv dok panggil2 nama kamu,kamu wat tak dengar je.lepas tu kamu tidur cam biasa"

Along time tu dah macam orang asma. Gelak tak berhenti waktu mak tengah cerita. Kuang asam along ni.

"mana ika sedar"
Pendek je aku balas.macam merajuk sikit.terus aku masuk bilik.
padahal nak sambung tidur. ;p

Mana tak tacing.sorg2 aku je prmpuan.manja tak manja jugak lah.
Tapi sleep walking ni memang bahaya.Cuma bila fikir balik, macam mana aku pejam mata boleh rilex je jalan pi dapur?

Alhamdulllilah, tu jelah yg last pun aku sleep walking.
Jangalah sleep walking time kt tmpt org. Jenuh pulak aku nak pegi tuang air paip dalam cawan bebanyak untuk satu blok.hahaha.

P/s : akibat tidur tak baca doa. Ni padahnya.

Wednesday, 14 August 2013

budget trip : Cherating

Bulan 3/2013 aku dn roomate pergi holiday. Disebabkan agak stress dengan semua assignment/test. 
Kami lari sekjap dpd semua tu.
Kami pilih Cherating!
Kenapa cherating? Sebab tu yg paling dekat. ;p

Cherating tak ada apa sangat..hihi.
Kami punye plan pun dah lambat. Grab mana yg sempat je. Plan for 2 days and 1 night.

Budget kami untuk ke Cherating including dengan minyak kereta,hotel dan makan.
kami 5 orang dengan bajet serendah rm60 each.! :))

Hotel Suria Cherating Resort

Serius best hotel ni.! 
Kami book online dekat website Suria Cherating Resort. Boleh google mehh..senang sngt procedure dia. Rm15 deposit untuk setiap booking online.
kami pilih bilik satu malam RM150.


View from the Cherating beach



Restoran Seafood.

Memang banyak restoran seafood kat area sini. Korang kena pandai pilih kedai. Kedai yg ramai confirm sedap kan. 
Aku tknk suggest kedai yg aku makan for dinner aritu.
rasa macam tersalah pilih kedai ;p
Tapi harga kt sini mmg berpatutan!
Kiteorang makan ikan siakap,telur dadar,tomyam,sayur kailan and apple juice satu jug besar.
Semua sekali Rm 80 je.

Pantai kemasik,Terengganu

Suria Cherating sngt jauh ke belakang dan sngt dekat dgn terengganu..then,kami teruskan perjalanan ke Pantai Kemasik. SubhanaAllah. Air laut ni sangat jernih.!

No editing needed.unedited shot taken around 3pm



***

Sempat jugak kami jalan2 sampai Kerteh. Sernok sangt bawak kereta kot. ;p

Klau petang2 nak makan kudap2 ke,jgan risau
FYI, sepanjang jalan dkt cherating ni ada jual keropok lekor,keropok ikan dan yg paling penting satar yg sngt best!
You should try it. Tak jumpa satar sedap ni kt KL.

Aktiviti nak buat kt Cherating tk bnyak sngt selain daripada mandi laut.
Ada aktviti lain lg.
Kami tak sempat nk pergi semua tu.. 
snorkelling?
kt Cherating agak kurang best sebab pantai kurang cantik.
Tak mcm Tioman,Perhentian..etc.
Aku tk suggest buat dive,snorkelling kt sini.

Short trip but we had lots of fun here!


Sunday, 14 July 2013

Ramadhan. Alhamdullilah


"kenapa kita kena berpuasa cikgu?saya penat lah. saya nak balik awal boleh tk cikgu?"
keluhan seorang pelajar darjah5. Azim namanya.

Alhamdullilah diberikan rezeki oleh Allah untuk kerja part time sebagai guru sementara.

"Azim,nabi dulu bulan puasa pun boleh pergi berperang lagi tau. Kita ni duduk bawah bumbung,ada kipas lagi.takkan tk boleh nak tahan kot?"

Seorang pelajar menyampuk

"a.ah cikgu.dulu nabi boleh berperang lagi kan. hebatnya nabi boleh tahan berpuasa"

"so Azim kenalah jadi hebat macam nabi. Azim pergi duduk tempat Azim ye. Sekejap je lagi dah nak habis waktu sekolah"

"ok cikgu"
balas Azim
kesal kot..
mungkin harapan awal  azim, sy boleh bg izin dia bukak puasa.hehe

***

Sungguh

mereka masih belum benar mengerti erti puasa yang sebenar
puasa bagi mereka hanya menahan lapar dan dahaga
tapi bagi kita yang sudah bertahun2 berpuasa
masih sukarkah untuk mengetahui erti puasa yang sebenar?

sekurang2nya
tunjuk contoh terbaik
ajar mereka makna sebenar berpuasa
bukan tahan minum dan makan je samata2

Makna berpuasa,
perkara2 yg membatalkan puasa,
perakra makruh,perkara sunat
ketika berpuasa
semua ni perlu didedahkan kepada mereka
agar mereka lebih mengerti dan faham tujuan sebenar berpuasa

samapaikan mesej dengan cara yang mudah
mungkin dgn cara bererita kisahkisah nabi
insyAllah lebih mudah hadam

tapi perlu diingat
puasa adalah rukun Islam yg ketiga
Sedangkan solat adalah rukun islam yang kedua
tak guna juga kalau puasa je tapi tak solat

Terapkan solat dalam diri anak2
diiringi dengan berpuasa.

***

salah faham masayarakat sekarang

Ramai yang berlumba-lumba nak buat solat terawih
taip masih tak tutup aurat
solat 5 waktu pn kadang2 tak cukup

kenapa dahulukan yang sunat sedangkan yang wajib kita tinggal?


1719
syaf



Friday, 28 June 2013

Rindu


Rindu  arwah opah
saat ini, perkataan ni bermain2 dalam otakku
rindu arwah opah..
rindu arwah opah..
entah kali ke berapa aku ulang ayat yang sama

Melayang

Teringat detik kami bersama sepanjang 17 tahun

***

"opah nk tgok kamu kahwin.suatu hari nanti. InsyaAllah"
sambil tangan ku bermain2 dengan kulit tangan opah yg kendur

"tak tahulah opah.ika pun muda lg.opah,ika suka main tangan opah.kulit yg kendur ni best lah buat main.lembut je." hahah..cuba mengubah tajuk

"nanti kamu dah kerja,dah kahwin,jangan lupa opah ye. Ajak lah opah datang rumah kamu.jangan sombong bila dah ada laki nanti"
Aku terdiam.masih asyik bermain dgn jari2 tua opah..
Jauh dalam hati ku berbisik,
"ika takkan lupakan opah walau siapa pun ika"

"cuba tengok jari2 opah ni.dah tua dah. Dulu waktu muda jari2 ni banyak sangat bekerja untuk bagi anak2 makan.sekarang je opah tak larat.dulu opah kuat.bawak motor pagi2 ambil ikan bawak jual.."

Aku cuba mencipta imaginasi.bagaimana rupa opah menunggang motorsikal
"haha..macam mana lah opah bawak motor ye.Mesti penat kan?"
"demi anak2.kalau tak nak makan apa"
Aku terdiam dan masih terus asyik bermain dengan jari2 opah.

***

Terhenti daripada lamunan
Aku melihat jari jeamariku
airmata bergenang..


Ya..

aku masih dapat merasakan lembutnya jari2 tua opah
walaupun kendur,tua tapi bagi aku itulah
saat,detik yang sangat aku rindu...
berssembang sambil bermain2 dengan jari jemari opah
leka bermain dengan anugerah Allah yg satu itu
sambil bercerita dan meluahkan perasaan masing2.

kami ibarat bersahabat
kami ibarat berkawan
Opah ibarat ibu kedua bagiku..
tenang dan sernok dapat berkongsi cerita..


Aku tak selalu dapat berjumpa dengan opah
tapi sekali kami berjumpa memang banyak cerita
cerita zaman muda
zaman jepun
awal2 perkahwinan
cerita pasal anak2 opah yakni mak dan makcik pakcik akulah
rahsia mereka waktu kecik2 berada di genggaman aku.
nakal kot..
haha.(gelak jahat)
Opah cerita semua :)

kini, salah seorang pendengar setia
salah seorang penghubur hati
untuk melepaskan rindu
pergi menghadap yg Satu.

walaupun sekarang opah dah tak ada lagi
tapi opah tetap segar dalam ingatan ika..dalam doa.
InsyaAllah.ika akan jadi anak yang baik untuk mak dan abah
Cucu yang baik untuk Opah
Opah akan tetap selalu ada dalam doa ika..
Semoga kita bertemua di SyurgaNya..
InsyaAllah

P/s: al fatihah untuk arwah opah,

0146
cucuopah
ika

Wednesday, 26 June 2013

Kolej Matrikulasi Selangor


Aku 1st batch kolej matrikulasi selangor..! :))
Barang semua baru plus matrik selangor tersangatlah besar nak banding dengan matrik lain. 


TAPI...! sebelum aku pilih nk masuk matrik aku dpat smbung fisioterapi (under UPU) and sambung beljar medik kt Mesir. Buat solat Istikharah..aku pilih Matrik..


Ok,dah dua tahun dah pn tglkn matrik.tbe2 malam ni trgt pasal matrik.. bnyk pgjaran yg aku nak cerita spnjang aku duduk matrik.
Time daftar,kt surat aku tulis aku dpt aliran sains fizikal. Aim mak dan ayah aku sebenarnya nak suruh aku further medik lepas habis matrik. Tp apakan daya dapat fizikal. Boleh je tukar kos. tapi based on result spm jugak. result SPM fizik aku is more better than bio. sebab tu aku dpt fizikal.
Belajar biologi sebenarnya seronok. walaupun nampak macam nerd je.kena baca buku tebal2,kena tahu  every each term yg ada dalam badan and bla bla bla..
Dia bagi masa 2,3 hari waktu orentasi untuk isi borang pertukaran jurusan. Aku buat dekk je waktu tu. Lepas dah habis masa dua tiga hari tu, aku rasa menyesal..parahhh..
"aduhhhh,kenapa aku tak isi borang tu ha?"
haha.. nasi dah jadi bubur dik..tak mampu dah nak tukar..kebetulan dalam masa yang sama aku dapat tahu satu2nya kawan aku dpt kelas yg sama praktikum dgn aku. hamiza nama dia. Dia kawan aku dpd sekolah lg. Dia je yang aku kenal masa first2 masuk sana..
One of the advantage untuk aku teruskan dgn aliran sc fizikal.sebab ada member..! :p

Hari2 yang aku lalui kat matrik kadang2 bosan kadang2 best.Roomate aku dua2 nya budak akaun. Aku sorang je budak fizikal. hentam sajalah labuuu.. ;(
Aku lebih rapat dengan classmate..dengan roomate pn rapat jugak. tp nak kata kwn yg betul2 rapat tu tak ada lah kot. Semuanya sendiri2 je.tp aku bukanla "forever alone". aku berkawan dgn semua.tp tk terlalu rapat.

Rutin kami di matrik,petang2 naik basikal sayuq.. Sebab apa basikal sayuq,sebab ada raga kot kt depan. macam orang jual sayur je.. ;p
mana ada hiburan lain dah kt matrik.rasa macam duduk boarding school kot..tp tkpelah.sethun tak rasa ape.(sakitt la jugak)

Semester pertama,aku tk brpa ok sngt. Pointer atas 3 tp tklah smpai 4. Pengajaran kat sini korang jangn ingat result SPM korang gempak,result matrik korang pn akan gempak jugak. Salah!
Aku la salah sorang mangsanya.. 

Kawan2 aku yg lain SPM sedang2 je.tp graduate matrik dgn pointer 4.. Tak ada yang mustahil. Matrik is your second chance after SPM..
Banyak main,tak reti nk manage masa..salah satu kelemahan aku time matrik.. 
tapi apa orang cakap,kalau kita tak pernah rasa gagal tk tahu betapa manisnya kejayaan.. ;)


Tak dapat 4rata mmg tk dapat lah medik kan.knpa aku tolak medik kt Mesir tu aku pn tk tahu lah. Mungkin aku tk bersedia lagi nak duduk negara orang kot.

dan lepas buat istikharah..tu aku pilih Matrik.
Allah, perancangan Mu tersangatlah hebat..



Dan skrg aku end up dgn amik kos chemical engineering..


Sekali lagi. PerancanganMu adalah yang paling terbaik buat diriku
Alhamdullilah :)



Basikal sayuq KMS.. 



F4P4 :)



Tuesday, 18 June 2013

Apa itu bulatan gembira bagi aku?


Bulatan gembira.
Sejujurnya..aku tak pernah tahu apa itu bulatan gembira
Usrah? lg lah tak tahu..Apa tu??

Masuk je alam Universiti, minggu pertama orentasi. Kami diterangkan tentang Smart group (SG).. U aku panggil usrah tu Smart Group(SG).
Aku ingatkan group sementara je..untuk suka2..yela untuk minggu orentasi.
Aku join je SG tu.Sbb macam menarik je.. dahla nama pun sedap. "smart group" :)
"group study sama2 dengan senior kot". bisik hati.

Habis orentasi..Ok! baru aku tahu SG tu group Usrah..
setiap minggu kena jumpa dengan kakak naqibah. 
Mengeluh..
"alah,aku banyak keje lah nak buat.busy tahu tak" 
"aku nak kuiz ni esok.nak jumpa lagi"
"esok aku kena hantar assignment ni"
ngomel sorang2 dalam hati..
kadang2 je aku pergi usrah kadang2 tak...

Lepas satu sem,masuk sem ke-2
Aku dah nampak sikit2 apa tujuan usrah
Usrah ni sebenarnya group kumpulan kecil.Kita akan duduk sama2, bincang pasal isu2 semasa, pasal agama,hukum hakam n etc . Tp usrah ni lebih santaiiiiiiiiiiiii....
sebab apa santai? sebab usrah boleh dibuat di mana2. ada kawan aku buat Usrah kat ICT ,ada yang buat Usrah kt tepi pantai..ada jugak yang buat usrah kat kedai mamak :p
waktu tu setiap sorang akan bagi pandangan masing2..Tentang isu apa yang kami bincangkan waktu tu.
Sernok.sangat seronok..
So dpd sini,aku dapat jadi seorang student yg sngt up to date mengenai semua benda.
Baik dpd segi perihal agama,isu2 semasa n macam2 lg..
Perjumpaan yang tak terlalu lama..tapi banyak benda yang boleh dikongsi bersama.
tak ada rasa "lagha"..tak ada rasa macam lepak suka2 buang masa.. 
Lepak2 yang ada isi..ada input.


Aku nak jadi seorang chemical engineer yang bukan hanya berjaya dalam bidang aku
Tapi dalam masa yang sama mampu juga buat sesuatu untuk agama aku

Faham tentang agama
Tahu serba sedikit mengenai agama
Bukan hanya pakar dengan ilmu dunia
Bila orang tanya sikit pasal agama dah terlopong ternganga
so,
kita perlukan sesuatu untuk sedarkan kita yang alpa
Dengan ber-Usrah adalah satu cara :)

Perasan atau tidak?

Menuntu ilmu dunia, kita sangat bersungguh2
berjaga malam smpai dua tiga pagi,
Kenapa  tidak lakukan perkara yang sama
dalam menuntu ilmu akhirat
dan beribadat kepada Allah.??

P/s : Join usrah bukan sebab baik,tapi cuba untuk jadi baik.

Recheck diri..Wassalam..












Monday, 17 June 2013

Foreign language: Mandarin Part 1

Ni hao??
Wo hen hao.. ni ne?

Dah 1 sem aku blja mandarin.. Cuti sem nanti kalau dapat permission dpd parents untuk dtg kelas tu aku pergi, kalau tk dpat permission aku trpksa smbung sem depan pulak.

Kelas mandarin yang aku ambil ni semua tak termasuk dalam jam kredit pon.
Mandarin is quite easy if you just only learn on how to speak.Agak susah beljar tulisan chinesse character. .Kalau tulisan pinyin tkpe lagi.
kami dilatih tulis dan jawab test fully in chinesse character.

Untuk tempoh 1 bulan pertama mmg susah. Tak TIPU.
Masuk bulan ke 2,3,4,5.. Alhamdullilah Allah permudahkan..
Program ni sebenanrnya program pertukaran pelajar ke Universiti Hebei. China.
Belajar di University hebei untuk 1 atau 2 sem.
Menarik kan?
Menarik kalau mampu apply semua chemical equation and all term dalam engineering ke dalam bahasa mandarin. ;p

On 1st july..
Beberapa orang kawan2 aku ada yang terpilih untuk program dua minggu lawatan ke Beijing. Congratulations for those who get this chance untuk melawat2 beijing.
Aku? Belum diberi rezeki oleh Allah untuk rasa nikmat tu.
InsyaAllah ada rezeki lain.. ;p


Ok aku akan terus update perkembangan pembelajaran aku..
Untuk sem2 seterusnya
sampai lah aku mampu dan berjaya habiskan smpai exam yang last
Sekarang masih belum mantoppp lagi.

Zaijian ;p

Sunday, 16 June 2013

Selamat Hari Abah.!


Special unuk Abah..

Abah..seorang yang pendiam..agak pendiam
Berbeza dngan mak.hehe.. That is the different yg aku rasa sweet.. hoho
Tapi..skali abah marah..lari semua masuk balik.nak balas sepatah ayat pun tak berani..
Berbeza juga dengan mak.haha
Tapi dalam hati abah lain.. Terngat waktu kami berjauhan. Abah tak boleh cakap/angkat call dpd kami. 
Sebab nanti mesti ada adegan air mata dpd Abah.
Abah sangat caring..tpi tak pernah tunjuk..diam2 je..
Berbeza juga dgn mak.yg dpd nada suara nmpak relax je cakap dgn kami..
Memang aku lebih rapat dgn mak nak bnding dgn Abah.As I told you earlier abah pendiam skit. Tp sekali bukak mulut..haa kau..haha
Kalau aku jauh2 ni..Abah la orang yg pling suka suruh mak call aku..haaa.. sweet abah ni.. :)

Satu yang aku tk boleh lupa....perkara kesukaan aku bila dengan Abah waktu kecik2 dulu..
Bila naik kereta dgn Abah..dah agak2 nak smpai dkt rumah.buat2 tidoq..nanti Abah akan terus angkat aku bawak masuk bilik..Letak atas bantal.selimut semua... :))
Ni kes malas nak jalan.hehe.

Ok..
This is my hero..My real Man of Steel..ehh? hehe




Abah, Haji Jalaludin Bin Hassan
Anyah sayang Abah

We will be one of your asset
that can bring you and mom to Jannah,InsyaAllah.  :)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
 "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 







Wednesday, 10 April 2013

Scholarship for SPM/STPM leavers!!

Assalamualaikum..!



Banyak scholarship yang dah tutup. Aku tk sempat update. Ini je yang aku sempat untuk bulan April.
Mungkin ada antara adik2 yang nak apply lagi scholarship atau ada yang terlupa nak apply
Ni aku dah list down untuk korang
Budak sekarang dah makin pandai. So sila pastikan result korang semua A sebelum memohon.


1) Maxis scholarship 2013
   (closing date : 10 May2013)
2) Hong Leong Foundation scholarship 2013
   (closing date : 10 may 2013)
3) Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2013
    (closing date : 15 April 2013)
4) Genting Malaysia scholarship 2013
   (closing date : 14 April 2013)
5) Kuok Foundation scholarship 2013
   (closing date : 19 April 2013)

***

Yang kat bawah ni semua senarai biasiswa yang dah pun tutup tarikh permohonan. Sebagai rujukan untuk adik2 lepasan SPM/STPM akan datang.
Lepas dapat result boleh terus klik scholarship ni. Mostly closing date ialah pada hujung bulan Mac.
So maknanya beberapa minggu lepas result korang keluar..
Kena alert-lah!

1)Yayasan Tunku Abdul Rahman
  Website : http://yayasantar.org.my/
  Download and complete the application form here

2) MMC Scholarship
   Website :   http://www.mmc.com.my./
    Application form : http://www.mmc.com.my/scholarship.asp

3) UEM Scholarship Programme
    Website : http://www.uem.com.my/
    Applicarion form : http://www.uem.com.my/index.php?view=scholarship

4) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    Website : http://www.mara.gov.my/
   
5)Petronas Education scholarship
   Website : http://www.utp.edu.my/
   *apply first into the UTP website. Next, apply Petronas education sponsorship here.

6)Yayasan TNB scholarship
   Website : http://yayasan.tnb.com.my/sam/

7)Yayasan Khazanah scholarship
  Website : http://yayasankhazanah.com.my/
  Application form : http://yayasankhazanah.com.my/?p=main&c=application

8)Sime Darby Scholarship
   Website : http://www.yayasansimedarby.com/Default.aspx
   *Online application guideline 

9) Securities Commission Malaysia scholarship
    Website : http://www.sc.com.my/
    Application form :https://careersatsc.seccom.com.my/career/hravenue_publiclogin02.jsp

10) Al Bukhary scholarship
      Website : http://www.aiu.edu.my/
      Application form : http://www.aiu.edu.my/downloads/

11) JPA Scholarship
      Website : http://www.jpa.gov.my/

12) ING Scholarship
      Website : https://www.ing.net.my/INGCorporateWeb/ING_Scholarship.aspx
      Application form      :https://www.ing.net.my/INGCorporateWeb/documents/career/Scholarship_Application_Form.pdf

13) Japanese Government(Monbukagakusho : MEXT) Scholarship for undergraduate
     Website : http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm

14) Taylor's world : class scholarship
Website:       http://www.taylors.edu.my/en/university/students/prospective_students/scholarships_and_financial_aid/taylors_world_class_scholarship_2012


***

Some of the link for the application form only active during application period.
For more information about the scholarship, please log on to their website. Thanks.


Adios! =)


Tuesday, 9 April 2013

Kos kejuruteraan kimia. Best ke?

Assalamualaikum!




Based on the title above, this entry is related for those who are interested in chemical engineering.
Sape yang tengah pening nak isi UPU and nak amik kos ape.. Kat sini aku  just boleh suggest u guys amik kos Chemical Engineer je lah. =)




 Aku belum lagi jadi engineer. Baru dua tahun dalam kos ni. Tapi aku boleh la cerita sikit2 what chemical engineering is all about.

Kalau korang minat kimia sangat2 aku suggest sila amik major in chemistry.
 Kejuruteraan kimia memang lah nama dia KIMIA. Tapi belajar kimia tu sikit2 je. Dalam 10% je kita belajar kimia.dan yang selebihnya tu semuanya relate dengan FIZIK.
So korang jangan cakap korang pilih kos ni sebab korang minat kimia. Salah ye..



Universiti di Malaysia yang ada kos Kejuruteraan Kimia


  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Petronas(UTP)(IPTS)
  • Universiti Malaya(UM)
  • Universiti Sains Malaysia(USM)
  • Universiti Putra Malaysia(UPM)
  • Universiti Malaysia Pahang(UMP)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Boleh choose salah satu universiti yang ada kat atas. Semua Universiti di atas ada menawarkan kos kejuruteraan kimia.

*****

Peluang pekerjaan

Seorang chemical engineer akan terlibat dalam Industri2 berikut 

  1. Industri Pemprosesan bahan kimia
  2. Industri Bioteknologi
  3. Industri Design dan construction
  4. Industri makanan
  5. Industri oil and gas
  6. Environmental safety and health
  7. lain-lain ( mineral processing,electronic..etc)

For example in food industry. Chemical engineers help to  improve food processing techniques, and at the same time it also will increase the quantity and quality of the food.

Environmental safety and health..Chemical engineer also develop solution to environmental problem. Contohnya pencemaran udara and the solution on how control it..etc..)

***


Ok..aku harap korang paham dan nampak bayang2 sikit, chemical engineer ni apa. Aku tk boleh cerita lebih sebab aku pun tak grad lagi. Semua yang aku cerita kat atas bedasarkan pengalaman aku sendiri dan apa yang senior2 dan lecturer cerita waktu kelas.


Kalau pasaran kerja, InsyaAllah chemical engineer memang peluang pekerjaan terjamin mengikut pengalaman senior2 aku..Most of them dapat job..
Pasal salary lain cerita. Bergantung pada rezeki masing2.. =)











P/s: Perempuan kalau time bujang sesuai la jadi engineer.. Bila dah kawen ramai yang lari dari industri and jadi lecturer. haha..
*Based on true story.. =))






Monday, 8 April 2013

Akk syg adik2 ahh

Assalamualaikum!


Sebab sekarang aku tengah sem break(smnggu je pon). Aku pun baru nak mula aktif berblogging balik.. Aku habiskan masa aku sikit untuk share some stories kt u guys.Program ni dah lama aku pergi.12 mei 2012. Ha tudiaa.almost one year..haha. Time tu aku ada je blog ni..tp sedikit malas nak mengupdate blog. But this time ada satu mood yang sangat rajin walaupun assignment kat sebelah belambak.haha..

Ok cerita kali ni boleh masuk one of the sweet memories aku jugak lah.. Program bersama anak yatim di Maahad tarbiyyah Pahang.



Program ni anjuran kelab Iqra'. Program ni sehari Tapi serius..Banyak bnda aku dapat daripada program  ni.
Kiteorang bertolak pukul 8..sepatutnya awal lg. Tp ade problem skit. So gerak lambat.. Perjalanan kiteorang dalam 1 and a half hour jugak la.


Some of the preparations before bertolak.. We all as a fasilitator.. so kena get ready lah.. :))




                                  Maahad ni jauh dpd bandar lah gak.dekat kawasan kampung.

                                      Sampai je kami  betul2 kat depan pintu pagar maahad tu..
                                   Pengasas maahad tahfiz dah siap2 tunggu kedatangan kami semua.. 
                                 Alhamdullilah kami sampai tepat pada masa..



Adik2 ni sambut kedatangan kami

Korang nak tahu tak apa perasaan aku bila 1st time jejak kaki kat sini..??

Aku memang sebak sebab aku tgok adik2 lelaki semua pakai jubah and serban (surrounding aku bukanlah dpd sek maahad/agama.jadi bila 1st time aku jmpa macam ni aku jadi kagum and respect kat budak2 ni semua)
seriously.. :)

Kami terus dibawa  
 masuk dalam dewan/ruangan solat..
Selang beberapa minit...
Cikgu2 kat situ tanya kami..
"Korang semua dh solat dhuha ke? kalau belum yang lelaki boleh solat di hadapan..yang perempuan boleh solat dekat tepi ni.(sebelah adik2 perempuan berkumpul). sebab kami semua baru lepas solat dhuha."
MasyaAllah.. Tiap2 hari mereka solat dhuha rupanya..
                            Aku rasa kerdil di hadapan mereka

****

Penting ke solat dhuha? Sunat kan?

Yes! solat dhuha memang sunat.. Solat dhuha ni sebagai tanda terima kasih kita pada Allah. Kalau nak murah rezeki.rajin2 jugak solat dhuha.. InsyaAllah.
 Rezeki datang dari Allah. :)


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” 
                                  (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

***
Sambung balik. After dah habis solat dhuha, doa dhuha dipasang kuat guna speaker. Adik2 semua tadah tangan dan berdoa bersama2..dengan suara yang sangat kuat
Sekali lagi.sayu hatiku.kerdil rasanya..

Next,kami proceed dengan ice breaking dan divide adik2 kepada beberapa group. 
Aku ditugaskan handle adik2 dalam group yang dah dibahagikan tadi.
Salah seorang adalah pelajar termuda dekat sekolah tu.
Baru 7 tahun..
***

Kat sini ade sedikit conversation antara aku dan adik yang baru berumur 7 tahun.yang bagi aku sangat menyentuh perasaan..



Aku : Assalamualaikum adik. Nama apa? Umur adik pulak berapa ye?
Adik : waalaikumussalam. Baru 7 tahun. (nama dah tak berapa nak ingt)
Aku : Adik dekat sini dah lama ke? (dekat maahad tarbiyyah)
Adik : Baru je masuk tahun ni. Baru 4 bulan.
Aku : Keluarga adik kat mana? 
Adik : Keluarga adik kat rumah.Abang,kakak semua ada kat sini. Ayah keje bawak lori. Mak tak 
          kerja.  Mak jaga adik sorang dekat rumah. Kami orang susah.
Aku : *cuba lari tajuk.sebab nampak dia macam sedih* 
          Kenapa adik pakai stokin ye? adik kan budak kecik  lagi. Tak panas ke?
Adik : Tak lah akak. Allah kan suruh kita tutup aurat. Kaki pun aurat perempuan jugak selain  
          daripada rambut. Kita kenalah tutup.Kita kena belajar daripada kecik. Nanti dah besar 
          senang nak buat.
Aku : *terdiam.. 


Kagum dengan pemikiran adik berumur 7 tahun ni. Aku sebesar dia belum tahu ape itu aurat. 
Walaupun masih belum dikira dosa kerana belum baligh, praktik itu perlu sejak dpd kecil lg.
  Rasa kerdil dihadapan kanak2 ini sekali lagi
Ya Allah 
Ampunilah dosa2 kami kerana melanggar  perintah Mu..




Ni adik yang umur 7 tahun tu.. :)

***
Aktiviti yang seterusnya ialah membina masjid menggunakan kertas dan straw! =)
Ops..lupa masukkan photos ice breaking tadi. Layannn. hehe

Ice breaking

ice breaking



Ice breaking 

Pertandingan membina masjid









***
Aktiviti diteruskan sampai 5.30 petang...Macam2 aktiviti yang kami ketengahkan kepada adik2 hari tu. Kami ajar diorang cara bercakap kt depan dengan yakin.. Sebab banyak adik2 perempuan agak malu2 sikit. So dekat sini kiteorang latih diorang berani bercakap depan orang ramai. :)

Sebelum balik,kami dah get ready dgn sikit cenderahati yang tak seberapa.. 
Aku siapkan bookmark ni dengan roomate aku. Bertungkus lumus. 
Sebagai tanda ingatan untuk adik2.. :)








Sebelum balik.. Adik2 ni semua mintak aku n fasi2 yang lain datang lagi.. InsyaAllah adik.. Kami akan datang lagi. belajar rajin2. Masa hadapan yang menanti kita kat luar tu lebih mencabar lagi.
 Isi diri dengan Iman. InsyaAllah kita semua selamat. 
Akak sayang adik2 semua.. 
Semoga kita semua jumpa lagi!!












Teringin nk datang balik sini satu hari nanti.. InsyaAllah. :)



Wassalam..


Small Gathering!!

Assalamualaikum..



Pejam celik pejam celik dah 4 tahun tngglkan SMK Doktor Megat Khas. But,we are still contact with each other kot..

Pantang ada  cuti sem kiteorang memang akan cari masa nak keluar sama2. Selalu kiteorang hangout dekat2 je.. Tp last semester break kiteorang cadang nak pi lumut. Teluk batik.. Lama jugak aku tak jejak kaki kt Teluk batik ni.  tmpt ni dah tak macam zaman aku kecik2 dulu.

Trip kami kali ni separuh hari je tetapi ditemani parents member aku,qirin merangkap cikgu bm kami kat sek dulu. :)


Almost 2 months ago dah cerita ni sebenarnya. Haha.. 


Ok sampai je kiteorang kat sini..


 Atul and qirin prepared for coleslaw! Kami kat belakang bertiga tu nampak tk tgh buat ape?? 


Kami kat belakang tadi.. Kelar2kan hotdog ni.Bg dia senang masak.

                

Ni dia keje budak lelaki. Bakar ayam!!




Emmm tapi......
...........................







Ni la jadinyeeee..... Hasil tangan bila lelaki di dapuq.. T_T

*****





Bila keje kami dah siap.. (kami perempuan) ape lagi..  Shooting time.!! 
Haih... 
Women are all the same!!  :)))
Mereka yg lelaki time ni masih giat membakar ayam. Haha. *kejam








Taken by atul



Qirin,me and Siti. . 


 Lepas sesi bergambar habis. Kiteorang patah balik dekat tempat berkelah kiteorang td.. 



Unfortunately...





Mereka (lelaki) tak habis lagi bakar ayam..

Hah....??

So...

Let's power puff girls do it.. hahaha..



Look..! We all can still gelak2 tgh panas tu..! haha




Ok.. At last semua dah masak.. Kami cuma masak bpe ketul ayam je pun. Belagak pulak aku rasa. Thanks guys sebab masak!






Lunch time.!


Chesse.. Muka lepas kenyang..


****
Lepas dah settle semua..
 Kiteorang sewa bot yang ada kat situ. 

Rm5 sorang. Maximum 20 orang satu bot.

Bot ni pusing2 kat area teluk batik tu je. 

Ada lah dalam 15 minit.





Kat tgh2 laut time ni. Begoyang2 bot kiteorang..




Lepas dah abes semua pusing2 Teluk Batik.. Kami bersiap balik.!
Penat and best sangat dapat keluar dengan kawan2 sekolah..! 
You guys are awesome lah! :))
#Special thanks to  mak and abah qirin jugak..  :)



From left Fauzan,Adli,Siti,me,Qirin,Atul aka Eton,Miecha,Bidin and Afif










Ok gambar bawah ni saja letak last2. Nak habaq aku edit guna photoshop. Belajar photoshop guna youtube. Simple editing je ni. bnyk lg kene blajar. :)




Qirin n me.. Adli ( tgh2)





Adiosss.! =)