Monday, 2 June 2014

Resipi Churros

Aku sekrang tengah buat fyp ni. Sv aku suruh ambil balik thesis and betulkan. Sedih jugak sbb segala keringat aku curahkan, but I still made mistake. Ohh kay... =-='

tapi sedih aku terubat lah sikit, sbb sekrang aku dekat syurga dunia..!! which is rumah aku kt ipoh.! Yeahaaa.!! Tgh2 asyik buat FYP aku  ttbe trgt pasal churros. Sebb bila aku balik rumah je aku berkesempatan try macam2 resipi yang aku belajar kt youtube. Youtube je ckgu masak2 aku. Student lg kan. mana ada duit nak pergi kelas masak2 ni smua. Baik aku beli buku. Ecehhhh zzzzzzzz..

Sekarang memang tengah trend kan. Memana je kt instagram tu semua duk update makan churros. Sekali tgok perghhh sedap giler, tmbah ade sos coklat. walawehhhh.
Tapi sebenarnya churros ni lama dah. Kuih belimbing orang panggil kat malaysia ni. Tapi aku tak pernah makan pun. haha.

Aku pn ape lgi, google lahhh. Serius resipi churros ni simpleee sngt. Meh2 aku ajar..

Bahan-bahan :


  1. Setengah cawan tepung gandum
  2. Satu sudu besar majerin/minyak masak
  3. Satu cawan air
  4. Satu sudu besar gula
  5. Setengah sudu kecil garam
  6. Esen vanilla (nak hilang bau hanyir telur je)
  7. Sebiji telur
  8. Nozzle ( mucung bentuk bintang )
  9. Pipping bag
Cara-cara memasak

1. Didihkan air, masukkan majerin. Kacau smpai majerin dissolve dalam air dan make sure api perlahan.
2. Lepas, dua tiga minit, bila semua majerin dah sebati, tutup api.
3. Masukkan tepung, garam dan gula. Kacau je sampai sebati. Ingat api kena tutup.!! Kacau sampai jadi doh.
4.Bagi doh tu sejuk sikit. Dalam 15 minit cmtu.
5.Masukkan telur dan esen vanilla dalam doh tadi dan kacau hingga sebati
6.Lepas tu panaskan minyak. Masukkan doh tadi dalam pipping bag. Masukkan terus dalam minyak yg dah betul2 panas tadi.

Gambar youtube je ni.

7.Agak2 macam dah kekuning-kuningan tu boleh terus angkat. Yeahh siapp.!!


Yang ni bukan gambar google. aku punya.. hihi.

Macam mana nk buat sos coklat??
 Cara mudah pakai nutella.! haha
Tapi kat rumah kami mmg tak ada nutella. Mengemukkan semua tu. So aku buat sendiri.

Senang je.

Bahan-bahan

Setengah cawan air
Setengah cawan susu pekat
Setengah serbuk koko
Setengah minyak masak/minya mazola

Letak atas dapur, api make sure perlahan dan kacau tanpa henti sampai pekat. Senang je weh.. tak pun salut je dengan gula icing macam makan donut. Sudahhh..

Selamat mencuba =)



credit to : Blog rahsia hatiku *tq :)

Wednesday, 9 April 2014

Plan B & El Negra Ipoh

Sebab dekat Ipoh kedai jenis cafe ni baru nak membiak. Aku baru cuba 2 tempat dekat area Ipoh ni. Sekali balik aku sempat singgah satu cafe je.  Let's check it out.!

1) Plan B

Baru sesangat bukak. Pertengahan tahun lepas, mungkin. Tapi tempat dia memang awesome lah. Deco dalam cafe ni memang relaxing sgt. Kira kalau bawak buku buat study group kat sini mmg best lah.
 *tp tempat relaxing aku dalam bilik dekat rumah je. tempat lain aku tak boleh study*

Harga makanan dia standard lah. Tak mahal mana pon. Standard mcm kau makan kat secret recipe je.
aku bukan nak makan sangat. Aku suka tengok deco kedai ni. Kalau ikut aku nak order plain water je. ;p


  


Cawan depan aku tu Capuccino 
Capucinno (rm8)

Mocha (Rm 8)




Chocolate Mars bar (RM10)
Pasta Olio (rm15)
.
Overall,
Makanan kat sini not bad lah.. Bolehla. Tapi deco dalam cafe ni mmg A aku bg.
Ada mini library lg dalam ni. Buku2 cerita zaman aku tak lahir lg pun ada
.


Before aku keluar dari Plan B, aku nampak..



Ikut apa yang aku google, rupanya Plan B Ipoh pernah raikan semua karya2  arwah Yasmin Ahmad dekat sini. Sekali dengan semua award yg arwah Yasmin Ahmad pernah menang pada tahun lepas.
Tpi waktu aku datang semua jenis kek dah abis. Baru pukul 5 kot. :(



PLAN B, IPOH 
No.75, Jalan Panglima,
30000 Ipoh Perak. 
Tel No: 05-2498286
Operating Hours:
Sun- Thurs- 9.am-10p.m
Fri & Sat- 9a.m- 12a.m

Rating :

FOOD                                 : 2.5/5
Customer Service              : 2/5
Decoration/ Environment  : 4/5


2) El Negra Distro + Studio

Excited sangaaatt nak masuk dalam cafe ni. Sebab owner cafe ni melayu. Jarang okay cafe jenis2 cmni owner dia melayu. 
Sampai time hujan lebat, dan kami bertiga je yg ada. Sampai sini kena self service. Dia punya customer service memng kurang skit kat sini.  Aku duk pikir nak pilih makanan apa dekat cashier tu, dia pon tnggu je aku. Suggest la sikit.. Bila aku tnya apa yg special and best kat sini, dia suggest semua menu yg aku baca td. ==' 

Tapi nasib..makanan dia sedap.! :)






Aku ambil gambar kat atas ni dpd google and facebook El Negra sendri. :)

Bhagia muka qirin and micha lepas kenyang. hihi


Spaghetti meat ball (rm 13)
Chicken roasted (rm15)


Chicken roasted




Dua2 makanan ni sedap. (tak ada gambar) 
Satu yang aku rasa lepas datang sini, aku rasa nak datang lagi dan lagi dan lagi. 
Surrounding best + makanan best. 
Lai, lai, lai.. tk rugi :) 

Operating hours : 

Rating
Food                          : 4/5
Customer Service    : 2/5
Deco + environment :3/5
 
Credit to: 
Alwaystravelicious . Banyak tempat makan best2 ada kat sini.
Just make sure tempat makan tu halal :)







Sunday, 6 April 2014

Budget trip : Bukit Tinggi, Pahang

Selagi aku masih student. selagi  tu kalau nak jalan2 kena amalkan "budget"
Mula2, kami pilih nak je-jalan kt Port Dickson. Kekonon nak duk hotel yg setiap blik ada kolam tu. Sekali hamikk rm600++ per night. Gilosss... Lepas tu survey jugak hotel2 lain tp semua fully booked. Kami ni nama je budget tp hotel budget tu mmg pilihan terakhir. Sebab semua prempuan. Wajarlah kan..


At last, kami pilih bukit tinggi je. Sebab nampak mcm omputih sangat tempat tu.
But please don't expect too much tempat tu sejuk mcm Cameron. Memang tanah tinggi tapi tk setinggi Cameron dan Genting highland. Tk payah bawak sweater dan tak jauh sangat nak naik. So tk payah risau, dalam 10-15 minit je boleh sampai atas dah.

Nak masuk sini kena bayar sorng RM 12 tk silap. Tapi kalau korang tidur sini, tiket korang tu boleh refund kt kaunter time korang check in nanti.

1) Colmar Tropicale, Hotel

Hotel adalah benda yang pertama kita kena ambil kira sebelum plan yang lain2. Not too much choice sebab tmpt ni high standard sikit. Kira kalau dekat atas tu cuma ada dua jenis hotel je. Colmar tropical ni french themed hotel. Tp aku tk nmpk tema french pon dalam bilik dia. =='
 Hotel ni letak betul2 dalam tempat tumpuan. 
Maksudnya kalau kau sampai je Bukit Tinggi memang Colmar Tropicale lah kau akan pergi.



 
Dalam ni lah orang selalu jalan2 dan hotel dia pun dalam ni jugak. So kira macam senang lah nak jalan2 and balik hotel. Actually, jalan2 kt bukit tinggi ni tak payah tidur sini pon tk pe. Tp kiteorg gatal sangat nk tidur jugak sebab nak merasa tidur hotel ramai2. hihi

Aku booking hotel ni through Agoda.com Sebab harga dia tak sama dengan kita book terus dekat hotel tu and kadang2 kalau kita terus call hotel, dia cakap dah penuh dan tinggal bilik yg VVIP je. Padahalll bukak agoda ada je kosong. So korang kalau nak book hotel sila bandingkan harga Agoda tawarkan dengan hotel tu tawarkan. Kalau nk jimatlah, kalau tak belasah je memana. 

Prices : RM 245 per night (sat & sunday )
            RM 199 per night (mon - fri )

Room type : Superior room



Ni bilik paling murah. sebab tu kiteorang pilih yang ni. hahah. Selesa sangat.! 

2) Makan2

 Makanan dalam ni erghhhh mahai..!
Kalau nk jimat sangat bawak lah meggi. Tapi dah datang jejauh ttbe nak makan meggi yg selalu kita makan tu..memang rugi.
 Ada kedai pizza, roti, nasi..  tiga jenis kedai makan yg murah jugak lah nk banding yg lelain. Aku dah try tiga2 kedai ni.
Bolehla sedap.. sebab tkde bnda lain dah kot.
 
Budget makan : rm30 (seorang dan sekali makan bergantung pada berapa bnyak korang makan)

3) Night Show

Bila tido sini, malam2 memang tak tahu nak buat apa. Sebab tu diorg ada buat night show. Tapi omputih sangat night show dia. Tarian dpd mana ntah Tk sesuai untuk tontonan kanak2. Sebab terlalu terbuka sangat. Mohon jaga diri. hahah

Esok pagi.....

4) Japanese Village

Jalan2 pegi Japanese Village. Tk payah bayar. FREE. Tk ada bnda sangat pun. Nak pakai kimono kena bayar rm20. Dah la nak panjat tu tinggi.. Penat oiii.

4) Animal Farm

Tempat ni sebenarnya tk sesuai untuk orang besar cm kami. Hahah. Sebab cam comel sangat tempat dia. Kena bayar rm3 per person. Ada rusa dan arnab. Boleh belai2, peluk2, timang2 sebab jinak sangat. Tu jela aktiviti kt sini. hoho

Lepas tu terus balik...

Conclusion-nya  tempaat ni sesuai untuk rehatkan otak and berbulan madu kot. Tp aku rasa Cameron punya pemandangan and cuaca lg best. Bolehlaaa... nak p France tk dpt. Merasa pi Bukit Tinggi je. Bolehlaa.. Sehari tu dah cukup sangat2 utuk  jalan2 semua tempat. Sbb kecik je Bukit Tinggi ni.

Sekejap pun kecik pun.. tapi bolehla create some memories dengan kengkawan. Best lahh. :)





Saturday, 29 March 2014

PSM a.k.a FYP

PSM - Projek Sarjana Muda
FYP - Final year Project

sama je dedua yang kat atas ni. Haaa aku lah tu yang amik PSM ni. Tahun 3 semester ke 6. Aku amik PSM1. Perghhh kelam kabut dia jgn citer lah kan. Bukan sebab aku buat last minute tp sebab aku amik banyak subject for this semester. Harunggg jelaa..

Supervisor (sv) aku yang aku pilih ialah Ir.Arman. So far, orangnya baik hati, selalu tolong aku buat PSM and jawab soalan aku yang kekdang elehh senang je,itupn nak tnya. Haahh student namanya memang cmtulah kan. Alhamdullilah.

Aku pilih sv aku ni sbb tajuk dia cam best je. Its common, tpi aku suka. Corrosion inhibitor of carbon steel in HCI from pineapple peels extract by using design of experiment method. Full title aku bg..huhu

Sekarang baru sampai tahap research proposal. Itupun dah kelam kabut mcam apa je. Heyy.. dah, aku nak sambung betulkan proposal. Next week we gonna submit this,lepaih tu presentation. Haaa satu lg. Pasal presentation aku lepas sem break ni yang nilai kiteorg tu lecturer jugak. Tapi alangkah indanhnya aku, bila aku akan di-interviewkan oleh dua daripada tiga  lecturer foreigner yg agak strict. Kenapa mesti aku weh.. Lemah jntung segala.

Maksudnya, I have to get ready and khatam all the process involved. I know them well..
Tpi harap2 smua ok lahhhh..

Ohhh PSM.
SPM lg senang aku rasa.. :p